INFO 5S

Apakah itu 5S ?

5S merupakan satu amalan budaya daripada masyarakat Jepun, dengan fokus untuk mewujudkan satu suasana kualiti di sesebuah organisasi yang mampu memastikan standard yang ditetapkan serta menerapkan semangat untuk penambahbaikan berterusan. 5S merupakan singkatan kepada perkataan Jepun iaitu :


 


Sisih
Mengasingkan barang atau dokumen yang tidak diperlukan di tempat kerjauntuk disisihkan dan dilupuskan secara sistematik
Susun
Menyusun barang-barang yang diperlukan secara teratur dan sistematiksupaya ianya mudah diambil dan dikembalikan ke tempat setelah digunakan
Sapu
Membersih dan memeriksa tempat kerja secara berkala dan menyeluruhsupaya tiada habuk atau kekotoran di atas lantai, mesin dan peralatan
Seragam
Mengekalkan tahap piawaian penyusunan tempat kerja yang tinggi denganmenekankan kebersihan dan kekemasan pada setiap masa
Sentiasa Amal
Melatih pekerja mematuhi sistem persekitaran berkualiti secara berterusansupaya ia menjadi amalan dan budaya kerja dalam organisasi

  Kenapa 5S?
  • Tempat kerja lebih bersih dan tersusun Tempat kerja lebih selamat
  • Hasilnya mudah dilihat oleh semua orang Menjana pemikiran kreatif kakitangan Meningkatkan disiplin secara semulajadi
  • Kakitangan berbangga dan menghargai tempat kerjanya
  • Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan yang diberikan

Rujukan Sumber:http://www.muip.gov.my/v3/index.php/apa-itu-5s

No comments:

Post a Comment