Friday, December 12, 2014

Pemenang Pertandingan mencipta Logo dan Slogan 5S


Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang telah diadakan pada 11/12/14 oleh Pengarah Eksekutif PSDC, Encik Khairur Rizal Bin Ramli. Tahniah kepada pemenang.





Tuesday, November 18, 2014

Moh Teropong Aktiviti 5S hari ini..

Kome nak Teropong Zon mana buat 5S hari ini.
Labu labi ke? 3 Abdul ke? Madu 3 ke? Nujum Pak Belalang ke? Penarik beca ke? Do Re Me ke?


Proses Penapisan Logo & Slogan Oleh Unit Promosi 5S

Proses Penapisan  Logo & Slogan 5S  telah diadakan pada 18/11/14  jam 2.30 petang  di bilik mentiga PSDC diketuai oleh Pn. Norizan. Unit Promosi juga telah menjemput wakil dari Unit Audit En Amirul sebagai pemerhati supaya proses dilakukan dengan adil dan saksama.

Sebanyak 56 penyertaan telah diterima dan begitu kreatif hasilnya. Proses seterusnya adalah menyerahkan logo dan slogan tersebut kepada Pengarah Eksekutif untuk membuat pilihan.  Kita tunggu siapakah pemenangnya.

Terima kasih kepada ahli yang telah memberi kerjasama yang baik :)


Senyum lebar En. Afizan & En Mizi. Maklumlah logo demo cantik!. 
Jeng..jeng... Kita tengok siapa yang menang..

Tuesday, November 11, 2014

Pertandingan Mencipta Logo & Slogan 5S

Assalamualaikum semua,

Hadiah menarik menanti Anda.!!!

Unit Promosi 5S  mempelawa semua warga kerja untuk menyertai Pertandingan Rekacipta Logo dan Slogan 5S PSDC. Ketu-ketua zon, sila pastikan semua ahli zon menghantar penyertaan kerana markah penyertaan akan menyumbang kepada markah Zon anda. Moh hantar Penyertaan Kome!


Friday, November 7, 2014

Ceramah Kesedaran Pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S Oleh MPC

Jutaan terima kasih kepada  Nik Faisal Bin Nik Ahmad wakil Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) wilayah timur yang sudi datang ke PSDC untuk berkongsi maklumat Amalan 5S pada 20 Oktober 2014. Semoga informasi yang diberikan dapat diaplikasikan  bersama. Moh Kita Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal. GOOD LUCK SEMUA!



Tuesday, November 4, 2014

Lawatan 5S ke IKM, Pekan Pahang

Lawatan 5S ke IKM, Pekan pada 16 Oktober 2014 diketuai oleh Pengarah Eksekutif PSDC En. Khairul Rizal Bin Ramli. Perkongsian ilmu 5S yang begitu bermakna untuk diaplikasikan di PSDC. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak IKM.